Profile Picture

Muhammad Najwan *******

(Online)

Sarjana Muda - Chemistry In Education

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Ongoing Study)

Kota Bharu, Kelantan

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Salam Sejahtera, saya Cikgu Naj. Merupakan seorang bakal guru dan tutor yang berdisiplin dan mempunyai azam yang tinggi dalam dunia pendidikan. Mempunyai pengalaman dalam memberi seminar dan mengajar para pelajar di beberapa buah sekolah. Subjek Kimia merupakan subjek major saya, dan matematik merupakan subjek minor saya. Saya telah banyak mengadakan sesi tutor bersama para pelajar di sekolah bagi meningkatkan lagi fahaman mereka terhadap topik yang dipelajari. Selain daripada fokus saya terhadap akademik pelajar, saya menggunakan pendekatan pembelajaran abad ke-21 bagi memastikan para pelajar dapat menggunakan kemampuan mereka semaksima mungkin. Kimia merupakan subjek “killer”, namun saya mampu mengubah pemikiran sebegini dalam diri anak-anak anda!
Teaching Method(s)
Dalam sesi pembelajaran, saya sering menggunakan kaedah dan pendekatan yang sesuai seiring dengan kemampuan para pelajar. Pada sesi pertama, saya akan mengadakan ujian singkat (quick test) untuk mengenal pasti kemampuan para pelajar. Seterusnya, berdasarkan tahap 1, tahap 2, dan tahap 3, saya akan menggunakan pendekatan yang berlainan dan tersendiri bagi memastikan para pelajar memahami topik yang dipelajari sekali gus dapat menambah minat mereka terhadap Kimia. Pelbagai teknik mudah menghafal dan mengingat akan saya perkenalkan kepada anak-anak anda dalam memudahkan pemahaman mereka dalam subjek ini, terutamanya terhadap topik-topik yang sukar untuk difahami seperti asid, bes dan garam, termokimia, dan lain-lain.
Subject
Subject School Level
Kimia - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5