Profile Picture

Nur Faiqah *******

Sarjana Muda - SEJARAH PENDIDIKAN RENDAH (SK)

Institut Pendidikan Guru (Graduated)

Puchong, Selangor

Institut Perguruan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya merupakan graduan dalam bidang pendidikan dari Institut Pendidikan Guru Malaysia yang baru sahaja menamatkan pengajian dan berpengalaman mengendalikan sesi pengajaran serta bimbingan untuk murid sekolah rendah, khususnya dalam subjek Sejarah, Bahasa Melayu dan Pendidikan Kesihatan. Saya seorang yang komited, penyabar dan mesra pelajar, serta sentiasa berusaha mewujudkan suasana pembelajaran yang positif dan menyeronokkan. Objektif utama saya adalah untuk membantu pelajar memahami sesuatu topik dengan lebih mudah, meningkatkan prestasi akademik, serta membina keyakinan diri mereka dalam proses pembelajaran.
Teaching Method(s)
Berdasarkan pengalaman serta pengetahuan yang ditimba sepanjang 5 tahun di IPG, pendekatan pengajaran saya berasaskan kepelbagaian gaya pembelajaran murid. Saya menggunakan kaedah yang interaktif seperti peta minda, kuiz, permainan pembelajaran dan simulasi untuk menjadikan sesi lebih menarik dan mudah difahami. Saya juga mengamalkan pembelajaran berpusatkan murid, di mana keperluan dan tahap penguasaan mereka akan diberi perhatian utama. Setiap sesi akan dirancang secara sistematik, dimulakan dengan aktiviti ulang kaji ringkas, penerangan konsep secara berperingkat, dan diakhiri dengan latihan pengukuhan. Saya percaya bahawa pembelajaran yang menyeronokkan akan meningkatkan minat dan motivasi murid untuk terus maju.
Subject
Subject School Level
Membaca B. Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 3 Darjah 2
Sejarah
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Prasekolah - 3M
Tadika