Salah sejahtera, nama diberi Emmanuelyn Evita. Saya merupakan pelajar lulusan Sains Komputer dari UiTM Kampus Samarahan 2. Selepas bergraduasi, saya bekerja sambilan sebagai guru tuisyen Bahasa Melayu di pusat tuisyen berdekatan. Saya mempunyai pengalaman mengajar pelajar pra-sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai guru tuisyen sambilan, saya mendapat banyak respon positif dari ibu bapa yang mendapati prestasi anak-anak mereka semakin baik. Saya juga menyediakan kelas untuk membaca dalam Bahasa Melayu.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan pendekatan bersoal jawab, permainan bahasa, lakonan/dialog dan memberikan latihan latih tubi kepada pelajar. Dengan mempelbagaikan teknik mengajar di dalam kelas, pelajar saya akan lebih fokus dan berminat untuk belajar. Bukan itu sahaja, pelajar boleh terlibat aktif dalam aktiviti yang dijalankan di dalam kelas.