Profile Picture

Nor Amafazira *******

(Physical & Online)

Diploma Pascasiswazah - Kemanusiaan

Universiti Kebangsaan Malaysia (Ongoing Study)

Mersing, Johor

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Zira. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman sejak tahun 2017 dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek bahasa Melayu merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan. Sejak tahun 2020, saya mengajar calon persendirian SPM di salah sebuah sekolah tahfiz swasta. Kini, saya baru sahaja menamatkan latihan mengajar dan sedang menunggu surat senat bagi program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah di UKM. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang dalam SPM 2020-2023. Saya juga sering terlibat dalam seminar buat calon SPM di samping kelas-kelas dalam kumpulan bersama penanda kertas Bahasa Melayu SPM. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Berpengalaman selama 10 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda menggunakan pengurusan grafik merupakan kepakaran dan minat saya. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan pelajar berupaya memahami teknik menjawab dengan betul. Saya juga menggunakan teknik karangan pasang siap mengikut tahap pelajar saya serta teknik-teknik yang mudah untuk menjawab soalan novel dan rumusan. Di samping itu, saya juga akan menekankan pelajar untuk menguasai KBAT dalam subjek Bahasa Melayu.
Subject
Subject School Level
Prasekolah - 3M Tadika
Matematik Darjah 1
Membaca B. Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5