Profile Picture

Nur Khairina *******

(Physical)

Sarjana Muda - Mathematics

Universiti Teknologi Malaysia (Skudai) (Graduated)

Senai, Johor

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Nama saya Khairina dan saya berasa teruja untuk menawarkan perkhidmatan tutor saya dalam matapelajaran Matematik. Dengan pengalaman dalam tunjuk ajar yang saya perolehi semasa 4 bulan menjalankan Latihan Mengajar di sekolah menengah, saya telah membantu ramai pelajar mencapai matlamat akademik mereka dan memperoleh keyakinan terhadap kebolehan mereka. Saya juga dilatih dengan pelbagai strategi mengajar untuk menarik minat pelajar dalam mempelajari Matematik. Sepanjang tempoh Latihan Mengajar, saya berkebolehan meningkatkan potensi pelajar.

Pendekatan saya untuk tunjuk ajar disesuaikan dengan tahap kefahaman setiap pelajar. Saya percaya dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menarik di mana pelajar berasa selesa untuk bertanya dan tidak takut. Hubungi saya sebagai tutor anda.

Teaching Method(s)
Pendekatan saya merupakan pembelajaran berasaskan senario yang mana saya mengaitkan sesuatu konsep dengan dunia sebenar supaya pelajar lebih faham dan mudah untuk mengaitkannya dengan matematik. Saya juga mengintegrasikan teknologi untuk penilaian pelajar seperti quiz secara dalam talian. Saya juga menyediakan lembaran-lembaran kerja mudah bagi meningkatkan kefahaman pelajar.
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 2, Tingkatan 1, Darjah 6, Darjah 5
Sains Tingkatan 1, Tingkatan 2