Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dalam membantu anak didik saya untuk memahami topik dan subjek yang mereka pelajari. Saya seorang yang kreatif dan inovatif dalam penyampaian ilmu agar senang difahami. Penerapan nilai pembelajaran sepanjang hayat adalah motivasi saya dalam mendidik.
Teaching Method(s)
Teknik pembelajaran saya adalah kreatif dan pelbagai mengikut kepada tahap pelajar dan minat mereka. Saya lebih fokus dalam menguatkan pemahaman asas sesuatu subjek sebelum mengajar topik yang memerlukan pemikiran kritis dan aplikasi teori.