Profile Picture

Nur Aqilah *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Biology

Universiti Teknologi MARA (Puncak Alam) (Graduated)

Paya Rumput, Melaka

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya memiliki latar belakang pendidikan yang kukuh dengan gelaran sarjana dalam Bidang Pendidikan Biologi dari Universiti Teknologi MARA (UiTM). Semasa ‘internship’, saya juga mempunyai pengalaman dalam mengajar di Sekolah Menengah Seksyen 11, Shah Alam, di mana saya membantu pelajar sekolah menengah meningkatkan pencapaian mereka dalam Sains. Pengalaman ini telah memperkukuhkan kemahiran saya dalam menjelaskan konsep-konsep Sains secara mudah difahami oleh pelajar. Saya bercita-cita untuk menjadi tutor kerana saya percaya bahawa saya boleh memberi sumbangan yang positif dalam pembelajaran pelajar. Saya gembira dapat berinteraksi dengan pelajar secara langsung dan membantu mereka mencapai kejayaan dalam subjek sains/biologi atau subjek lain yang saya khususkan. Saya berharap dapat memberi impak yang positif dalam pekembangan akademik dan pembelajaran pelajar.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan kaedah demonstrasi dengan melakukan sesuatu biasanya melalui bantuan visual atau demonstrasi secara langsung. Dengan menggunakan kaedah ini pelajar lebih tertarik dan lebih fokus ketika sesi pembelajaran. Selain itu, menggunakan pembelajaran kolaboratif jika terdapat ramai pelajar. Hal ini akan mendorong pelajar bekerjasama untuk menyelesaikan masalah dan tugas. Ia jugak mendorong pemikiran yang kritis dan komunikasi antara satu sama lain. Seterusnya, saya juga mengunakan pembelajaran berdasarkan masalah (PBL) dengan memberikan contoh kepada pelajar tentang masalah dunia nyata dan skenario yang memerlukan mereka untuk menerapkan pengetahuan dan keterampilan bagi menemukan jalan penyelesaian atau solusi. Akhir sekali saya jugak menggunakan akronim dan menggunakan nota yang berwarna-warni serta mudah difahami kepada pelajar supaya mereka dapat mengingati sesuatu perkara dengan lebih mudah.
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Sains Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6