Profile Picture

Nadia Syamimi *******

Sarjana(master) - Master Kesusasteraan Melayu

Universiti Putra Malaysia (Serdang) (Ongoing Study)

Bandar Baru Bangi, Selangor

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya Nadia Syamimi yang masih dalam menyambung pengajian dalam Master Kesusasteraan Melayu. Saya mendapat A+ dalam subjek bahasa Melayu sewaktu SPM. Bahkan karangan saya juga telah dibukukan oleh cikgu saya dan telah diedarkan kepada pelajar lain sebagai rujukan mereka. Di samping itu, saya seorang yang berani melakukan pembentangan di hadapan khayalak ramai. Buktinya, saya telah menjadi pengarah teater dalam sebuah program
teater MTSR anjuran Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM kali ke-35. Perkara ini juga telah dimuatkan dalam akhbar secara atas talian MalaysiaKini (boleh dilihat menerusi google). Saya juga telah menjadi timbalan pengarah seminar antarabangsa yang menjemput Annabel Teh Gallop, seorang tokoh yang terkenal dalam bidang sastera Melayu. Terdapat banyak lagi program lain yang diuruskan oleh saya dan walaupun sibuk dengan pelbagai program, saya berjaya mendapatkan CGPA 3.916 dalam Ijazah Sastera (Kesusasteraan Melayu). Di samping itu, saya merupakan seorang yang ceria dan bijak dalam berkomunikasi. Saya tidak akan menyerah dan sentiasa mencuba kaedah baru sekiranya saya hendak memberikan kefahaman yang jelas terhadap sesuatu perkara.
Teaching Method(s)
Saya akan mencuba pelbagai kaedah untuk membolehkan mendengar malah berkomunikasi dengan saya agar pembelajaran secara dua hala dapat dilakukan. Saya pernah mengajar rakan sebaya saya semasa kami ingin menghadapi peperiksaan di sekolah. Sebagai contoh, saya telah mengajar subjek bahasa Arab sewaktu berada di tingkatan 4. Sepertimana yang diketahui dalam mempelajari bahasa baru, kita perlu menghafal perkataannya. Namun begitu, disebabkan peperiksaan terlalu dekat, saya mengajar rakan-rakan saya untuk mencari jawapan menggunakan kata kunci yang sama. Semasa melanjutkan pengajian dalam peringkat ijazah, saya juga mengajar rakan saya tentang topik sastera yang tidak difahami oleh mereka. Saya akan menghuraikan dengan cara yang ringkas dengan menggunakan analogi yang murah difahami. Sebagai contoh, untuk memahami topik berkaitan pandangan alam dalam Kesusasteraan Melayu. Saya akan merangka jalur masa daripada pandangan alam yang pertama iaitu animisme sehinggalah Barat
Saya sentiasa memikirkan cara yang mudah untuk mengajar dan memberi kefahaman kepada sesiapa. Sekiranya mereka tidak faham, saya akan cuba sedaya upaya untuk membuat pelajar faham. Hal ini kerana saya percaya bahawa sekiranya kita berkongsi ilmu dan mengajarkan ilmu, ilmu itu tidak akan hilang daripada diri kita. Dalam mengajar juga, saya pernah melukis dan menyediakan nota serta peta minda untuk rakan-rakan saya.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 4 Darjah 3 Darjah 5 Darjah 2 Darjah 1 Tadika
Membaca B. Melayu
Darjah 4 Darjah 3 Darjah 5 Darjah 2 Darjah 1 Darjah 6
Bahasa Melayu
Darjah 4 Darjah 3 Darjah 5 Darjah 2
Jawi
Darjah 1 Darjah 3 Darjah 2 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Prasekolah - 3M
Tadika