Profile Picture

Anis Humaira' *******

(Online)

Sarjana(master) - Sarjana Pendidikan (Pendidikan Islam)

Universiti Kebangsaan Malaysia (Graduated)

Sitiawan, Perak

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Nama saya Anis Humaira'. Selepas bergraduasi sebagai siswazah Ijazah Sarjana Pendidikan di UKM, saya meluaskan pengalaman mengajar sebagai seorang Pensyarah PTFT UITM seterusnya guru ganti di sekolah rendah. Sejak tahun 2018 lagi, saya telah mula menceburi bidang pertutoran semasa saya bergelar siswazah Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaya. Saya membimbing khususnya dalam iqra', tajwid dan al-Quran dimana melibatkan pelajar daripada pelbagai lapisan umur (7-40 tahun). Bermula era Covid-19, saya meneruskan kelas tutor secara atas talian sehingga kini. Alhamdulillah, secara umumnya lebih 15 orang pelajar telah mengikuti kelas saya dan mereka berpuas hati dengan sesi pembelajaran yang dilaksanakan. Saya sangat seronok dapat berkongsi ilmu dan sentiasa memberikan komitmen yang terbaik dalam memastikan pelajar saya capai impian mereka. Bermula daripada tidak tahu apa itu huruf hijaiyah, kini semakin lancar dalam bacaan al-Quran. Bagi saya, perbezaan umur bukanlah penghalang dalam mempelajari kitab suci al-Quran. Sama-sama belajar, sama-sama memperingati antara satu sama lain. Selagimana ada kesedaran dan ketekadan hadir dalam diri, insha Allah tiada yang mustahil. Jika anda memerlukan bimbingan dalam mempelajari iqra'/al-Quran, dengan besar hatinya saya akan bantu sehingga berjaya. Hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Sesi pembelajaran dilaksanakan merujuk kepada tahap keupayaan pelajar itu sendiri. Dimana sesi tersebut diadakan secara one-to-one antara pelajar dan guru yang membolehkan pelajar memperoleh 100% perhatian daripada pengajar disamping mengetengahkan privasi pelajar tersebut. Hal ini bagi menjamin keselesaan pelajar sepanjang pembelajaran berlansung. Selain daripada menelusuri halaman iqra'/al-Quran, kuiz-kuiz menarik bagi memantapkan pemahaman turut disertakan. Pelbagai pendekatan saya gunakan bagi memastikan pelajar memahami ilmu yang dikongsikan berdasarkan keupayaan mereka. Bagi saya, salah satu definisi kebahagiaan adalah apabila melihat pelajar saya faham dan dapat aplikasikan sebaiknya ilmu yang telah mereka peroleh.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Al-Quran Mengaji
Mengaji - Iqra Dewasa
Mengaji - Al-Quran Dewasa