Saya Cikgu Izati. Saya mempunyai pengalaman bekerja sebagai pendidik di salah sebuah sekolah antarabangsa selama 4 bulan dan telah melanjutkan pengajian dalam Diploma Pendidikan Lanjutan Ijazah (DPLI). Saya merupakan guru Matematik semasa menjalani praktikum DPLI. Saya memilih matapelajaran Matematik sebagai matapelajaran utama kerana saya telah memperoleh A+ bagi matapelajaran Matematik dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bagi saya, menjadi guru bukanlah suatu perkara yang mudah namun jika dilakukan dengan penuh minat dan sabar, ianya pasti menjadi lebih mudah dan berkesan.
Teaching Method(s)
Saya lebih terbuka dalam mengaplikasikan teknik pengajaran. Saya merupakan graduan dalam bidang Kaunseling. Oleh itu, saya gemar menggunakan kemahiran memerhati untuk mengenali personaliti dan gaya belajar setiap pelajar. Ianya membantu saya untuk mengaplikasikan teknik pengajaran bersesuaian mengikut gaya belajar setiap pelajar.