Profile Picture

Muhamad Zulfahmee *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Bahasa Inggeris

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Graduated)

Seremban, Negeri Sembilan

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Hai, saya Cikgu Fahmee. Saya merupakan seorang pelajar sarjana muda pendidikan dalam bidang Pendidikan Bahasa Inggeris (TESL) dan telah menjalani 4 sesi praktikum di sekolah menengah kerajaan. Subjek Bahasa Inggeris merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala Bahasa Melayu merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam menyediakan bahan pembelajaran sejajar dengan keperluan setiap pelajar yang berlainan potensi menjadikan saya seorang pendidik yang dapat menarik minat pelajar untuk terus berusaha memajukan diri dalam pelajaran terutamanya subjek Bahasa Inggeris. Saya juga berpengalaman mengajar sebagai guru tutor dan membantu pelajar untuk lebih yakin dalam subjek Bahasa Inggeris. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar agar mereka terus fokus dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Anda mahukan anak anda lebih minat dan berkemahiran dalam Bahasa Inggeris? Terus hubungi saya sekarang.
Teaching Method(s)
Kaedah didik hibur sering saya gunakan untuk memastikan pelajar mampu memberikan tumpuan kepada pembelajaran dan tidak mudah bosan. Saya juga menyediakan teknik karangan mudah yang mampu memberikan peluang kepada pelajar mendapatkan markah yang tinggi dalam peperiksaan dengan hanya mengikut teknik tersebut. Saya juga mempunyai beberapa teknik mudah dan menarik yang mampu menaikkan potensi pelajar. Saya juga bervariasi dalam memberikan latihan berunsurkan permainan supaya pelajar tidak tertekan dan boleh berseronok dalam belajar. Bahan yang saya gunakan tidak terhad kepada helaian kertas dan latihan ilmiah, namum sahaja juga memberi tumpuan kepada bahan tulen (authentic materials) seperti poster, majalah, klip filem dan lagu.
Rating & Review

Noradila Haris : Bahasa Inggeris

Baik..

Subject
Subject School Level
Bahasa Inggeris Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6