Profile Picture

Noraini Moktar

(Physical & Online)

Sarjana(master) - Bachelor Degree In Engineering With Honors (Chemical Engineering)

Universiti Kebangsaan Malaysia (Graduated)

Bandar Baru Bangi, Selangor

Tutor Training

Training Matematik Sek Rendah

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Nama saya Noraini. Saya merupakan pensyarah sambilan di universiti awam menjadikan saya sebagai pendidik yang berpengalaman. Sebagai seorang jurutera kimia di dalam industri sebelum ini, saya mampu mengajar subjek matematik dan kimia dengan penuh dedikasi bagi memastikan anak didik saya sentiasa cemerlang dalam matematik dan kimia. Memandangkan setiap pelajar mempunyai keupayaan masing-masing, saya sangat mengambil berat dalam memastikan teknik pengajaran adalah bersesuaian dengan tahap daya upaya setiap anak didik saya.
Teaching Method(s)
Saya suka menggunakan nota pengajaran yang berwarna warni. Visual yang menarik mampu memberikan anak-anak daya ingatan terhadap nota yang diberikan dalam bentuk warna-warni. Teknik peta minda juga merupakan teknik berkesan yang dapat membantu anak-anak mengingati setiap pembelajaran matematik dan kimia. Selain itu, di dalam proses pembelajaran, emosi memainkan peranan yang penting bagi memastikan anak-anak dapat pemahaman terhadap pembelajaran. Saya sangat berbesar hati untuk memastikan keadaan emosi anak didik saya dalam keadaan yang gembira memandangkan kajian menunjukkan pelajar akan memberikan sepenuh usaha dan keupayaan apabila dalam keadaan gembira.
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 1, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 5, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4
Kimia - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5