Profile Picture

Muhammad Anis *******

(Physical)

Sarjana(master) - Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Batu Pahat) (Ongoing Study)

Jerteh, Terengganu

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Hi ! Saya seorang tutor yang bersemangat tinggi dan juga berdedikasi dalam mendidik anak-anak pelajar saya untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Walaupun saya lebih dikenali sebagai seorang yang tegas namun saya juga menampilkan sifat yang peramah kepada pelajar dan juga ibubapa kepada pelajar. Mengambil pengalaman sebagai seorang jurutera, saya mahir di dalam penyusunan jadual masa yang sangat efektif dan membantu pelajar menyusun atur jadual mereka. Kebolehan saya dalam penyampaian sesi pengajaran secara formal, tidak formal dan informal menjadikan persekitaran pembelajaran yang tenang dan menyeronokkan.
Teaching Method(s)
Saya merupakan seorang individu yang gemar untuk menyampaikan pengajaran yang berpusatkan pelajar, di mana kaedah ini adalah untuk merapatkan jurang di antara guru dan pelajar di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Pelajar juga mampu untuk meneroka ilmu pengetahuan secara terbimbing dan meliputi kepelbagaian pilihan topik pembelajaran dan kaedah penilaian. Selain itu, saya juga menekankan kaedah pengajaran yang berasakan soalan. Ini untuk menggalakkan pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Bagi saya tidak ada jawapan yang benar atau salah, tetapi isi penyampaian jawapan daripada pelajar kepada guru itu lebih bermakna dan saya berhasrat ingin mengasah keupayaan berfikir pelajar. Saya berpegang teguh kepada kaedah tersebut dalam melahirkan, membentuk, dan menempa anak didik bangsa kepada seseorang yang berguna di masa hadapan.
Subject
Subject School Level
Matematik Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Inggeris Darjah 5, Darjah 6
Reka Bentuk dan Teknologi Darjah 5, Darjah 6
Sejarah Darjah 5, Darjah 6