Saya merupakan seorang pelajar yang mengambil stam dan belum mempunyai pengalaman dalam menjadi tutor akan tetapi saya akan berusaha dengan penuh semangat untuk memastikan anak didik saya memahami apa yang diajar. Saya seorang yang ceria tetapi tegas. Saya akan memastikan anak didik saya menjadi seorang yang mampu mengaji al-quran dengan tajwid yang betul dan lancar bacaannya.
Teaching Method(s)
Saya akan memastikan para pelajar mengetahui cara yang betul untuk mengaji dan memberitahu mereka sedikit sebanyak tentang hukum-hukum yang terdapat di dalamnya. Saya akan menunjukkan kepada mereka nota tajwid yang ringkas dan mudah difahami. Selain itu, pengalaman saya ialah saya menyertai pertandingan hafazan peringkat zon semasa tingkatan 4 dan 5. Saya juga turut menyertai pertandingan tilawah al-quran pada peringkat zon semasa tingkatan 6. Jadi, tidak menjadi masalah kepada saya untuk mengajar mereka mengaji.