Profile Picture

Huda Nadhirah *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Teaching English As A Second Language

Institut Pendidikan Guru (Graduated)

Pasir Mas, Kelantan

Institut Perguruan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan seorang tutor yang berpengalaman selama hampir dua tahun. Mendapat kelulusan daripada Institusi Pendidikan Guru dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua. Saya berkemahiran dalam mengendalikan atau menarik minat para pelajar sekolah rendah dalam mempelajari subjek Bahasa Inggeris. Saya seorang yang berdedikasi dalam kerjaya saya dan menjadikan kecemerlangan para pelajar sebagai keutamaan saya. Ketegasan di dalam kelembutan merupakan moto utama saya semasa mengajar supaya anak didik saya lebih berdisiplin dalam menuntut ilmu dan berminat untuk belajar. Saya juga pakar dalam memberikan motivasi dan dorongan kepada anak didik untuk tidak berputus asa dalam pelajarannya. Inginkan tutor yang mampu meningkatkan prestasi anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Saya terkenal dengan teknik pengajaran yang menggunakan pendekatan didik hibur dan gamifikasi. Pelbagai olahan isi pengajaran dalam bentuk lagu, gamifikasi, tarian dan aktiviti-aktiviti fizikal yang telah saya lakukan untuk menarik minat pelajar saya dalam mempelajari subjek Bahasa Inggeris. Malahan, saya juga pernah mencipta aplikasi telefon pintar yang menekankan pengajaran Bahasa Inggeris sambil bermain untuk pelajar-pelajar saya. Selain itu, bagi memastikan pelajar saya cemerlang, saya lebih fokus kepada pengajaran dan latih tubi topik asas berpandukan silibus terkini kerana bagi saya melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jadi, asas yang kukuh tentang sesuatu pembelajaran dapat meningkatkan prestasi pelajar ke arah lebih cemerlang di kemudian hari.
Subject
Subject School Level
Membaca B. Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6