Profile Picture

Muhammad Haiman *******

(Physical)

Diploma / Stpm - Human Resources Management

Universiti Malaya (Petaling Jaya) (Graduated)

Bangan Serai, Perak

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan bersemangat tinggi dalam mendidik para pelajar. Gaya bersahaja ketika sesi mengajar cukup disenangi oleh para pelajar, namun saya akan pastikan mesej/pengajaran itu sampai kepada pelajar. Walaupun begitu, saya agak tegas sekiranya melibatkan isu penting. Ianya demi kepentingan para pelajar supaya dapat memahami secara teori mahupun praktikal. Saya sentiasa mencari jalan dan mengerah idea dalam menyampaikan sesuatu agar pelajar faham akan apa yang diterangkan. Saya juga bersikap terbuka sekiranya pelajar ingin memberi pendapat dan idea dalam melaksanakan tugasan.
Teaching Method(s)
Untuk matapelajaran Bahasa Melayu, saya lebih gemar untuk membuat aktiviti seperti berpidato, syarahan, debat dan sebagainya. Ia mampu menilai sejauh mana pemikiran kritis pelajar dalam menghasilkan idea. Ini sangat berguna untuk penulisan bagi karangan dengan mengadaptasi isu-isu semasa, isu umum. Untuk matapelajaran Matematik pula, kaedah yang sesuai sudah semestinya penyelesaian masalah. Disamping itu juga, teori dan formula yang dibina menggunakan akronim dapat membuatkan pelajar mudah menghafal dan mengaplikasinya ketika menjawab soalan.
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 5, Tingkatan 4, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Bahasa Melayu Tingkatan 5, Tingkatan 4, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3