Saya merupakan seorang pelajar Universiti Malaya tahun ke-3 mengambil jurusan matematik. Saya amat mahir dalam matapelajaran matematik sejak sekolah rendah lagi. Ketika berada di sekolah menengah, saya telah dipilih oleh guru matematik saya untuk menjadi ketua guru muda bagi subjek matematik dan matematik tambahan. Bagi saya, mengajar seseorang merupakan bentuk pembelajaran paling efektif dan akan membuatkan kita lebih memahami apa yang kita belajar. Oleh itu, saya ingin menjadi tutor yang berjaya mengajar anak-anak murid saya.
Teaching Method(s)
Bagi saya, cara yang paling mudah untuk memahami adalah dengan membuat latihan yang banyak. Selain itu, latihan itu juga perlu diselitkan nota dan keterangan yang jelas bagi setiap jawapan. Bagi pelajar yang kurang menguasai sesuatu subjek pula, boleh fokuskan kepada beberapa topik yang senang sahaja dan menguasianya.