Profile Picture

Nur Mirrah *******

(Online)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sejarah)

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Ongoing Study)

Membakut, Sabah

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Mirrah dan kini sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan di UPSI. Saya memiliki semangat untuk menjadi pendidik dan memiliki tujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan anak muda bahawa pendidikan itu merupakan faktor yang penting dalam menjalani kehidupan. Saya akan berusaha agar para pelajar dapat mengenal pasti teknik belajar yang sesuai untuk mereka dan dapat menguasai subjek yang mereka pelajari dengan lebih baik. Saya akui bahawa saya merupakan seorang yang perlu lebih banyak belajar, namun saya akan gunakan pengalaman saya yang ada untuk menjadi tutor yang baik.
Teaching Method(s)
Saya akan menerapkan teknik pengajaran gabungan iaitu teknik pengajaran sehala dan dua hala. Saya akan mengenal pasti kelemahan para pelajar dan akan memperkukuhkan semula agar pelajar dapat mencapai tahap penguasaan yang terbaik dalam sesebuah subjek. Teknik pengajaran seperti latihan, pengajaran berbentuk kuiz atau permainan serta menggunakan soalan - soalan peperiksaan lepas untuk pelajar lebih mengenali soalan peperiksaan akan saya gunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya.
Subject
Subject School Level
Sejarah STPM - Tingkatan 6
Membaca B. Melayu Tadika