Profile Picture

Nurdania Syafiqah *******

(Online)

Sarjana Muda - Mathematics Education

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Ongoing Study)

Langkawi, Kedah

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan seorang tutor yang mempunyai bersemangat tinggi untuk membantu generasi muda kini untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam pelajaran mereka terutamanya dalam subjek matematik. Saya mempunyai personaliti yang tegas apabila berkerja dan ramah apabila berurusan dengan seseorang. Saya merupakan pelajar jurusan matematik pendidikan maka matematik merupakan subjek major saya. Saya akan pastikan pelajar yang di bawah bimbingan saya berasa seronok sepanjang dalam menuntut ilmu. Saya juga suka membantu anak didik saya dari segi penyusunan jadual masa yang efektif. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teaching Method(s)
Saya menggunakan kaedah pengajaran dua hala di mana saya akan sering berinteraksi dengan pelajar sepanjang sesi pembelajaran bagi mengelakkan pelajar daripada menjadi kurang fokus. Oleh itu, saya juga akan mengunakan kaedah didik hibur bagi memastikan pelajar berasa seronok dan tidak bosan ketika sesi pembelajaran. Bagi menambah lagi minat pelajar, saya akan menyediakan nota berkaitan tajuk yang bakal dipelajari kepada pelajar berserta beberapa latihan di dalamnya agar pelajar boleh mencuba untuk menjawab soalan tersebut sebelum kelas atau selepas kelas. Saya juga akan menggunakan akronim dalam mengingati formula tertentu bagi membantu pelajar ingat formula yang jarang diberikan di dalam peperiksaan.
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 2, Tingkatan 1
Matematik Tambahan Tingkatan 4
Mathematics DLP Tingkatan 1, Tingkatan 2