Profile Picture

Nurammar Salihin

(Online)

Sarjana Muda - Kesusasteraan Melayu & Bahasa Melayu

Universiti Kebangsaan Malaysia (Graduated)

Batu Pahat, Johor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan seorang tutor yang bersemangat tinggi dalam memberikan didikan kepada pelajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Saya seorang yang ramah namun tegas dalam sesi pembelajaran. Saya akan berusaha memastikan anak didik mencapai matlamat mereka dalam memahami dan fokus. Saya juga akan memberikan bantuan dan cadangan terhadap solusi pembelajaran yang efektif. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teaching Method(s)
Mempunyai pengalaman jangka pendek dalam Pendidikan di sekolah menengah selama 4 Bulan. Kaedah yang diguna pakai dalam sesi pembelajaran saya adalah pembelajaran yang kondusif iaitu berfokus terhadap soalan berkeperluan dan mampu memberika markah yang baik dalam peperiksaan. Saya juga mengaplikasikan teknik didik dan hibur dalam mencapai piawaian pembelajaran yang diperlukan. Pendekatan peta minda dan kreatif merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik bagi memastikan pelajar faham dan mampu menambah baik gaya pembelajaran untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu Tingkatan 4
Kesusasteraan Melayu Komunikatif Tingkatan 4, Tingkatan 5