Profile Picture

Wan Nur *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Bachelor Science (Hons.) Chemistry With Management

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Ongoing Study)

Kota Bharu, Kelantan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Wan Nur Alia Natasya Binti Wan Rosydan, merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kimia dengan Pengurusan di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. Saya baru sahaja menamatkan latihan industri di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian dan kini berminat ingin menjadi seorang tutor yang berdedikasi dan menyumbang kepada kejayaan pelajar lain. Selain daripada berkelulusan dalam bidang kimia, saya juga cemerlang dalam subjek bahasa Inggeris sewaktu SPM dan mendapat MUET band 4. Saya juga merupakan pelajar straight A sewaktu UPSR dan PT3. Saya yakin dengan ilmu yang saya telah pelajari sejak di bangku sekolah sehingga ke universiti, saya mampu menjadi seorang tutor yang dapat membantu pelajar mencapai potensi penuh mereka.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan kaedah pendekatan yang interaktif dan berpusatkan pelajar di mana pelajar perlu aktif dan terlibat secara langsung dalam proses pembelajaran melalui perbincangan, latihan & soal jawab untuk membantuk pelajar memahami konsep-konsep dengan lebih mudah. Saya juga mengamalkan kaedah nota berwarna di mana saya yakin warna dapat membantu pelajar untuk menghafal & mengingati sesetengah topik. Saya percaya setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang unik, oleh itu saya bersedia menyesuaikan kaedah pengajaran saya mengikut keperluan pelajar. Matlamat saya adalah untuk memastikan setiap pelajar mendapat pengalaman pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan.
Subject
Subject School Level
Membaca - BI Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Tingkatan 1, Tingkatan 2
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3