Profile Picture

Muhammad Afiq *******

(Online)

Sarjana Muda - Sarjana Muda Pengajian Islam Dan Teknologi Maklumat

Universiti Malaya (Pantai Dalam) (Graduated)

Bandar Baharu, Kedah

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya mula mendapat didikan alquran sedari usia 4 tahun lagi melalui bapa saya. Kemudian dihantar mendalami ilmu Tajwid bersama bekas juara Qariah Antarabangsa, Ustazah Aminah ketika berusia 7 tahun. Semenjak itu saya mula meminati ilmu alquran dan tajwid lantas melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengajian Islam dan Sains di Kampus Universiti Malaya Nilam Puri, Kelantan. Di sana saya dibimbing oleh salah seorang pensyarah ilmu Tajwid yang memegang banyak sanad dalam ilmu Alquran, Ustaz Alwee. Dengan berbekalkan sedikit ilmu yang dipelajari, saya usahakan untuk berkongsi dan mengajarkan kepada orang sekeliling dengan menjadi tutor alquran ketika di universiti. Saya sentiasa semangat dan komited untuk memastikan anak-anak kecil kita malah setiap orang Islam untuk tahu dan mahir membaca alquran dengan baik dan betul. Biiznillah.
Teaching Method(s)
Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang saya akan terapkan adalah konsep DBU (Dengar, Baca dan Ulang). Dengar dahulu cara bacaan yang betul, kemudian barulah ikut baca berdasarkan apa yang didengar. Akhir sekali perlulah ulang bacaan berulang kali sehingga betul. Disertakan juga penerangan dan juga penjelasan berkaitan ilmu Alquran dan Tajwid bagi memastikan pelajar faham apa yang dibacakannya. Juga terdapat sesi soal jawab dan ujian cepumas bagi menguji tahap kefahaman pelajar. Wallahua’lam.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Al-Quran Mengaji
Tajwid KAFA - Darjah 6
Bahasa Arab KAFA - Darjah 5
Asas Fardhu Ain KAFA - Darjah 5, KAFA - Darjah 6