Profile Picture

Halimatun Sa'adiah *******

(Online)

Sarjana Muda - Bacelor Sains Kimia Dengan Pendidikan (Minor Mathematik)

Universiti Putra Malaysia (Serdang) (Ongoing Study)

Johol, Negeri Sembilan

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya, Halimatun Sa'adiah, atau lebih dikenali sebagai Teacher Matun, adalah seorang graduan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam bidang Sains Kimia dengan Pendidikan dan minor dalam Matematik. Saya mempunyai pengalaman mengajar selama 5 bulan di sekolah menengah, di mana saya telah membina kemahiran dan minat yang mendalam dalam mengajar subjek Matematik dan Kimia.

Walaupun pengalaman mengajar saya tidak begitu lama, percayalah bahawa saya mampu untuk mengajar dengan berkesan. Sepanjang tempoh latihan mengajar saya, saya telah mengendalikan kelas yang mana pelajarnya kurang mahir dalam Matematik, namun saya berjaya membantu mereka memahami dan menguasai subjek tersebut.

Saya berusaha untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan positif bagi para pelajar. Sebelum memulakan tajuk baru, saya akan menggunakan set induksi yang menarik untuk memberi pelajar pengetahuan yang luas terhadap dunia sebenar. Saya juga mengajar cara menggunakan kalkulator dengan betul kepada pelajar, serta memberikan latihan dengan pelbagai bentuk soalan bagi meningkatkan dan mengukuhkan kefahaman mereka.

Teaching Method(s)

Saya sangat minat mengajar Matematik dan Kimia, dan saya yakin dapat membantu pelajar mencapai kejayaan dalam subjek-subjek ini. Dengan pendekatan yang interaktif dan penyampaian yang mudah difahami, saya berharap dapat memberi inspirasi kepada pelajar untuk mencintai ilmu pengetahuan dan mencapai prestasi yang cemerlang.

Saya berharap untuk menjadi sebahagian daripada kejayaan pelajar-pelajar dalam mencapai kecemerlangan dalam Matematik dan Kimia.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra Darjah 1, Tadika, Tingkatan 1
Matematik Tingkatan 2, Tingkatan 1, Tingkatan 3
Kimia - Bahasa Melayu Tingkatan 4