Profile Picture

Muhammad Bin *******

(Online)

Sarjana Muda - Teaching English As Second Language / Pendidikan Islam / Al Quran

Institut Pendidikan Guru (Ongoing Study)

Kepala Batas, Pulau Pinang

Institut Perguruan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Nama saya Muhammad. Pelajar selalu memanggil saya Sir Muhammad atau Ustaz Muhammad. Saya berpengalaman dan telah menawarkan khidmat sebagai tutor selama hampir tiga tahun dalam bidang Bahasa Inggeris dan subjek berkaitan Al Quran. Berlatarbelakangkan pengajian agama, saya telah berjaya membimbing anak murid saya sehingga khatam Al Quran. Saya juga merupakan mahasiswa guru di Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang, dengan subjek Bahasa Inggeris sebagai major saya. Mengajar sesi kelas subjek Al Quran dalam Bahasa Inggeris juga pernah saya laksanakan semasa saya menjadi tutor kepada anak didik di Filipina dahulu. Jadi, saya yakin saya mampu membimbing anak - anak anda menjadi anak yang soleh dan solehah.
Teaching Method(s)
Sebagai seorang mahasiswa guru, saya telah mempelajari pelbagai teknik dan pendekatan yang dapat dilaksanakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan berpusatkan pelajar dapat membantu pelajar dalam menerokai subjek itu sendiri dengan bantuan guru. Konsep didik hibur juga merupakan konsep yang saya selalu terapkan dalam sesi PdP saya. Komunikasi dua hala merupakan satu aspek yang saya amat tekankan bagi menjamin keberkesanan dan kualiti sesi PdP saya.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Al-Quran Mengaji
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3