Profile Picture

Nurul Ain *******

(Online)

Sarjana Muda - Sains Kimia (Analisis Forensik)

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Graduated)

Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Tutor Training

Training PKSK & UKKM

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Selamat berkenalan.

Saya merupakan seorang graduan sains dari Universiti Teknologi MARA. Alhamdulillah saya berjaya menamatkan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Kimia (Analisis Forensik) dan Diploma Sains. Sains & Matematik merupakan antara subjek yang menarik minat saya untuk menyambung belajar dalam bidang tersebut. Saya seorang yang suka akan mempelajari benda atau ilmu yang baru serta berkongsi dengan yang lain. Bagi saya Sains & Matematik amat menarik untuk dipelajari. Dengan ini, lahirlah minat serta niat saya untuk berkongsi ilmu yang saya pelajari dengan pelajar. Selain itu, saya juga seorang yang berdedikasi dalam apa jua tugas yang diberikan. Saya akan sedaya upaya membantu pelajar dengan meningkat kefahaman mereka mengenai sesuatu subjek. Walaupun saya tidak mempunya pengalaman dalam pendidikan, saya akan mengajar pelajar menggunakan pengalaman saya sebagai pelajar dan pada masa yang sama, saya akan berusaha untuk menjadi tenaga pengajar yang memberi manfaat kepada orang lain.

Teaching Method(s)
Antaranya ialah;

1. Video yang menarik dan mudah difahami (eg. Eksperimen, proses dll). Ini memudahkan pelajar untuk faham & mengingat (memori jangka panjang)
2. Quiz (eg. Kahoot) atau sesi soal jawab
3. Akronim atau formula yang mudah dan menarik
4. Latih tubi bagi biasakan pelajar dengan menjawab soalan
5. Aktiviti yang menarik (bermain sambil belajar)
Subject
Subject School Level
Matematik Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Membaca B. Melayu Darjah 5, Darjah 6
Sains Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Mathematics DLP Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Science DLP Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3