Hi! Saya Aisyah. Saya seorang yang komited dengan tugasan dan tanggungjawab yang diberikan. Saya merupakan lepasan pelajar yang baru menghabiskan tempoh praktikal di sekolah menengah. Subjek yang saya ajar adalah Perniagaan, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas dan Matematik. Subjek yang saya senaraikan adalah subjek yang sangat saya gemari. Saya juga pernah menjadi personal tutor ke rumah mengajar murid darjah 2 membaca dan mengenal huruf. Alhamdulillah sekarang murid tu sudah fasih membaca. Selain itu, saya juga pernah menjadi guru ganti di sekolah menegah dan mengajar subjek Sejarah dan Ekonomi Asas. Namun, saya adalah seorang yang tidak mudah putus asa selagi saya tak nampak perubahan positif pada setiap pelajar saya.
Teaching Method(s)
Cara pelajaran dan pembelajaran saya menggunakan kaedah two way communication. Ia memudahkan saya mengetahui dan mengenali cara pembelajaran pelajar saya.
Cthnya, saya mempunyai pelajar yg suka melukis tetapi tidak suka membaca. Jadi saya akan menggunakan teknik melukis sekaligus mengajarnya mengenali huruf dan sekaligus dapat membaca.
Selain itu, saya mempraktikkan pembelajaran yang menarik dengan mengadakan kuiz atau aktiviti yang dapat mengelakkan pelajar mengantuk.