Saya Aisyah, seorang peminat Sudoku dan Jigsaw Puzzle. Saya mula menjadi tutor sejak tahun 2021 sehingga kini. Pelajar tutor pertama saya setia sehingga ke harini menjadi pelajar saya dan mempercayai saya untuk membimbingnya. Bagi saya, perkara yang penting dalam tutoring adalah penerimaan dan keserasian. 1) Penerimaan pelajar terhadap cara pengajaran tutor tersebut. Jika tidak serasi, cari tutor yang lebih kena dengan diri. 2) Penerimaan tutor bahawa setiap pelajar adalah berbeza dan cara penyampaian perlulah berdasarkan pelajar itu sendiri. Penerimaan dan keserasian penting kerana ilmu tidak akan sampai jika tidak ikhlas menyampaikan dan ilmu tidak masuk ke dalam dada yang tidak bersedia untuk menerimanya.
Teaching Method(s)
Saya suka belajar dan mengajar sesuatu perkara berdasarkan soalan. Otak dan fikiran akan lebih ligat berfikir apabila ada persoalan yang dicetuskan.