Profile Picture

Nur Afreen *******

Sarjana Muda - Social Science

Universiti Sains Malaysia (Georgetown) (Graduated)

Gurun, Kedah

Tutor Training

Training B.Melayu Sek Menengah

Training PKSK & UKKM

Training Sejarah SPM

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Hai! Nama panggilan mesra saya ialah Rin.

Saya mempunyai 2 bulan pengalaman mengajar sebagai Personal MySTEP & Guru Ganti di SMK Bedong, di mana saya membantu pelajar memahami topik dengan lebih mudah, mengawal kelas dengan baik, serta memberi bimbingan mengikut tahap setiap pelajar. 

Saya juga aktif dalam pelbagai aktiviti kokurikulum semasa pengajian saya di USM. Antara penglibatan saya termasuk:
• Trash Free Hill – membantu kerja pembersihan, pengasingan sisa, dan pengumpulan data. 
• Bakti Siswa Perdana Kedah – terlibat dalam perancangan program pendidikan & ekonomi bersama pihak kerajaan tempatan. 
• Sukarelawan JPA di Pulau Aman – membantu projek menaik taraf kawasan sekolah & komuniti. 
• Sekretariat Festival Seni Zapin USM – mengurus penajaan dan memastikan kelancaran logistik. 
• Exco Akademik Kelab Pengurusan Pembangunan – melaksanakan perancangan strategik & menyelesaikan isu semasa program.

Saya merupakan graduan di Universiti Sains Malaysia, Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dalam Sains Politik dengan minor dalam Perancangan dan Pengurusan Pembangunan. Dengan pencapaian akademik yang kukuh, termasuk 8A dan 1B dalam SPM serta CGPA 3.75 dalam STPM, saya berkomitmen untuk memberikan impak positif dalam masyarakat.

Saya seorang tutor yang penyabar, mudah didekati, dan komited untuk membantu pelajar memahami pelajaran dengan cara yang paling jelas dan berkesan. Jika anda perlukan tutor yang mesra dan berdedikasi ,saya sedia membantu!
Teaching Method(s)
Dalam sesi pengajaran, saya menggunakan kaedah yang jelas, teratur dan mudah difahami. Antara pendekatan yang saya gunakan:

1. Nota Pembelajaran Eksklusif (PDF)

Saya menyediakan nota ringkas dan padat dalam bentuk PDF yang disusun sendiri mengikut topik, supaya pelajar dapat belajar dengan lebih tersusun dan fokus.

2. Video Pembelajaran

Saya turut menyediakan video penerangan untuk topik tertentu bagi membantu pelajar memahami konsep dengan lebih visual dan menarik.

3. Latihan Soalan

Saya menggunakan:
• Soalan peperiksaan tahun-tahun lepas (past year)
• Soalan ramalan
• Latihan berfokus mengikut tahap pelajar
agar mereka lebih bersedia dan yakin menghadapi peperiksaan.

4. RPH (Rancangan Pengajaran Harian) Untuk Ibu Bapa

Setiap sesi, saya menyediakan RPH ringkas kepada ibu bapa sebagai laporan pembelajaran.
Ini membantu ibu bapa track perkembangan anak, mengetahui topik yang diajar, dan memantau kemajuan mereka dari masa ke masa.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu
Tingkatan 3 Tingkatan 2 Tingkatan 1
Bahasa Inggeris
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2
Sains
Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Sejarah
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Geografi
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5