Saya Cikgu Ainina seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains dari Universiti Pendidikan Sultan Idris. Mempunyai pengalaman sebagai guru pelatih. Saya ingin berkongsi dengan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah teknik serta cara mudah untuk memahami dan menyelesaikan masalah/soalan dalam subjek Sains.
Teaching Method(s)
Saya akan menyesuaikan teknik pengajaran saya mengikut tahap penguasaan pelajar dalam subjek Sains. Saya akan: - menerangkan dengan cara yang paling mudah menggunakan nota yang ringkas dan mudah difahami. - menggunakan teknik didik hibur supaya sesi pembelajaran menjadi lebih proaktif, menarik dan santai. - menyelesaikan soalan bersama-sama dengan pelajar. - membuat sesi kuiz untuk menilai tahap penguasaan pelajar.