Profile Picture

Siti Noralia *******

(Online)

Sarjana Muda - Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (Tesl )

Universiti Putra Malaysia (Serdang) (Ongoing Study)

Kluang, Johor

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Alia dan saya sangat berminat untuk berkongsi ilmu sebagai seorang tutor bersama generasi muda. Dalam peredaran masa sekarang, saya percaya pelajar akan lebih seronok belajar dengan pelbagai platform yang lebih interaktif. Saya akan sentiasa berusaha memastikan setiap pelajar saya menikmati proses pembelajaran dan memahami apa yang dipelajari. Saya berkelayakan untuk mengajar di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah disebabkan pengajian semasa sarjana muda saya dalam 'Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL)'. Subjek utama yang saya ajar ialah Bahasa Inggeris.
Teaching Method(s)
Sebagai seorang tutor, saya percaya bahawa pembelajaran perlu kreatif dan relevan dengan teknologi terkini kerana kebolehannya yang mampu membuatkan pelajar lebih mudah faham. Oleh itu, saya suka menyediakan bahan pengajaran yang menarik untuk membantu pelajar memahami topik-topik pembelajaran. Saya yakin bahawa dengan pendekatan yang betul, setiap pelajar mampu mencapai kejayaan dan meningkatkan prestasi sedia ada. Sesi pengajaran yang interaktif dan menyeronokkan mengikut kesesuaian topik pembelajaran ini akan menjadikan proses pembelajaran lebih mudah diingati oleh pelajar. Saya berusaha untuk menjadikan setiap sesi sesuatu yang dinantikan oleh mereka.
Subject
Subject School Level
Bahasa Inggeris Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1