Profile Picture

Mohd Adib *******

(Physical & Online)

Sarjana(master) - Master Business Administration

Universiti Antarabangsa UNITAR (Graduated)

Rawang, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Adib. Saya merupakan seorang tutor yang berpengalaman selama 8 tahun dalam mendidik pelajar sekolah sekolah menengah dan pelajar universiti, secara informal. Subjek bahasa Ekonomi dan Sejarah merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala Perakaunan merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang.

Saya adalah lepasan pelajar daripada Universiti of Ulsan, Korea Selatan dan mahir berbahasa Korea dan sedang bekerja di syarikat konglomerat Korea. Saya telah menjalani kehidupan di Korea selama 6 tahun. Saya juga mempunyai dua buku Bahasa Korea karangan sendiri dan mempunyai modul khas untuk pembelajaran Bahasa Korea.

Saya juga sering mengendalikan kelas ringkas (booster class) buat calon SPM. Saya juga pakar dalam meningkatkan minat dan motivasi untuk mendapatkan skor yang baik.

Teaching Method(s)
Berpengalaman selama lebih 5 tahun sistem pendidikan di Korea Selatan, saya menerapkan teknik-teknik visual yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Teknik visual menggunakan peta minda (mind map) atau lakaran ringkas untuk pemahaman asas dan rujukan ringkas bagi ulangkaji.

Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Selain itu, teknik mencari hubung kait dengan kehidupan pelajar (pace and lead learning), supaya pembelajaran lebih individual dan senang difahami untuk tempoh lama.

Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan hidup merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subject
Subject School Level
Finance Universiti - Ijazah Sarjana Muda
Sejarah Tingkatan 4, Tingkatan 5
Ekonomi Tingkatan 4, Tingkatan 5
Bahasa Korea Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5