Profile Picture

Nur Adlina *******

(Online)

Sarjana Muda - Bahasa Melayu

Institut Pendidikan Guru (Graduated)

Kuala Krai, Kelantan

Institut Perguruan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Pakah nama panggilan mesra anda?
Saya Cikgu Adlina Sahira dan panggilan mesra yang biasa digunakan ialah Cikgu Lina. Pengalaman mengajar saya sekurang-kurangnya dua tahun hal ini selari dengan tempoh pengajian dan praktikal saya semasa menjadi pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG). Sepanjang tempoh praktikum saya, saya telah mengajar matapelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah. Namun begitu, saya juga pernah mengajar matapelajaran matematik di sekolah berikut sebagai guru ganti. Kemahiran yang saya memiliki adalah saya boleh bermain catur dan pernah memasuki pertandingan catur. Antara anugerah yang pernah saya peroleh adalah anugerah dalam olahraga iaitu acara larian kampus.

Teaching Method(s)
Apakah teknik-teknik menarik yang anda terapkan dalam pembelajaran?
Sepanjang tempoh pengajian saya sebagai guru pelatih, saya telah dilatih untuk menggunakan pelbagai teknik pengajaran antara teknik yang diaplikasikan semasa mengajar adalah didik hibur.Teknik ini melibatkan aktiviti bermain sambil belajar yang sering digunakan oleh saya bagi menarik perhatian murid untuk terus fokus semasa pengajaran. Manakala teknik ini dapat membantu saya untuk memberi kefahaman yang mudah kepada murid-murid terutamanya dalam pengajaran bahasa Melayu. Contohnya, aktiviti permainan bahasa seperti teka silang kata yang digunakan semasa aktiviti pengajaran. Manakala saya juga sering menggunakan quizi dalam talian untuk memberi untuk menilai tahap kefahaman murid-murid terhadap pembelajaran. Oleh itu, teknik ini telah diaplikasikan oleh saya dan menunjukkan respon yang baik terhadap pencapaian murid-murid dalam pembelajaran bahasa Melayu.
Subject
Subject School Level
Matematik Darjah 4
Membaca - BM Darjah 4
Bahasa Melayu Darjah 4