Profile Picture

Alimahtun Sa’diah *******

(Online)

Diploma / Stpm - Sains Aktuari

Universiti Teknologi MARA (Tapah) (Ongoing Study)

Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Nama penuh saya ialah Alimahtun Sa’diah binti Zainal, tetapi saya lebih selesa dipanggil Alimah.
Kini, saya merupakan pelajar diploma dalam bidang Sains Aktuari, yang memerlukan kemahiran yang mendalam dalam Matematik. Selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya berpeluang mengajar secara sambilan subjek Matematik. Pelajar saya merupakan adik kepada rakan saya yang berumur 16 tahun pada masa itu. Dia juga merupakan bekas pelajar tahfiz yang tidak mempunyai pengetahuan asas Matematik. Saya membantu beliau mengukuhkan asas Matematiknya bagi memudahkan beliau untuk faham pembelajaran seterusnya dengan lebih baik.

Selain itu, saya juga mempunyai pengalaman mengajar kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun membaca al-Quran. Pengalaman ini telah mengasah kemahiran saya dalam mengajar dan berkomunikasi dengan pelajar muda.

Saya percaya bahawa sifat peramah dan riang yang saya miliki merupakan kelebihan dalam menjalankan tugas sebagai seorang tutor. Saya mempunyai personaliti yang mudah didekati yang boleh memudahkan pelajar untuk berinteraksi dan belajar bersama saya.

Dengan pengalaman dan kemahiran yang saya miliki, saya yakin saya boleh berikan yang terbaik sebagai guru tutor.

Teaching Method(s)
Saya menggunakan kaedah penceritaan dalam sesi pembelajaran bagi memastikan para pelajar tidak mudah bosan dengan pembelajaran. Melalui penceritaan, saya boleh menjadikan konsep Matematik yang mungkin sukar difahami oleh sesetengah pelajar supaya menjadi lebih menarik. Sebagai contoh, saya sering menggantikan istilah Matematik yang kompleks dengan istilah yang lebih dekat dengan jiwa muda mereka. Pendekatan ini bukan sahaja menarik minat pelajar tetapi juga membantu mereka memahami dan mengingati konsep dengan lebih baik.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra Tingkatan 3, Tingkatan 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Dewasa
Matematik Tingkatan 3, Tingkatan 4
Mengaji - Al-Quran Tingkatan 3, Tingkatan 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2
Mengaji - Al-Quran Dewasa