Profile Picture

Rabiatul Adawiyah

Sarjana Muda - Bacelor Sastera (Bahasa Dan Linguistik Melayu)

Universiti Putra Malaysia (Serdang) (Graduated)

Dengkil, Selangor

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya Cikgu Adah. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 3tahun dalam mengajar secara bersemuka dan juga dalam talian. Subjek bahasa Melayu merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala Membaca Bahasa Melayu, Mengira mudah dan Matematik merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam penyusunan modul menghasilkan pelajar cemerlang bersama saya. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi, membimbing dan mendisiplin anak-anak terhadap pembelajaran. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda belajar secara menyeronokkan? Hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Saya mempunyai perwatakan yang menarik dan sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan. Pembelajaran bersama saya juga amat seronok dan ceria kerana menggunakan teknik didik sambil berhibur untuk anak anda minat dalam membaca. Saya menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran mengikut modul yang telah ditetapkan. Memberi latihan dan lembaran kerja untuk dibuat bersama-sama ketika kelas. Menerangkan dan sentiasa memberi perhatian penuh terhadap pelajar sehingga pelajar faham subjek dipelajari. Saya juga akan memberi formula atau teknik-teknik belajar dengan mudah dan senang untuk digunakan dalam pembelajaran. Peta minda dan teknik membuat nota juga saya sediakan mengikut keperluan subjek dipelajari.
Subject
Subject School Level
Membaca B. Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Bahasa Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Prasekolah - 3M
Tadika