Profile Picture

Nur Harisya *******

Sarjana Muda - Bachelor Of Science (Chemistry) With Honours

Universiti Teknologi Malaysia (Johor Bahru) (Ongoing Study)

Johor Bahru, Johor

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi tinggi dalam membantu pelajar memahami konsep dan skop pembelajaran dengan lebih jelas serta praktikal. Bagi saya, ilmu bukan sekadar teori, tetapi bagaimana ia boleh diaplikasikan dalam dunia sebenar.

Sebagai seorang tutor yang mudah didekati dan suka berkongsi, saya memastikan setiap sesi pembelajaran berjalan dengan santai tetapi tetap berkesan. Saya juga percaya bahawa setiap pelajar mempunyai tahap kebolehan yang berbeza, dan selagi mereka berminat dan berusaha untuk belajar, saya yakin kejayaan pasti dapat dicapai.

Selain menjadi tutor, saya sendiri masih seorang pelajar dan sentiasa belajar. Pengalaman ini bukan sahaja membantu saya mengajar orang lain, tetapi juga membuka peluang untuk saya meningkatkan kemahiran dan memperluaskan ilmu dalam bidang pendidikan.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan teknik latih tubi kerana saya percaya dengan membuat latihan yang banyak serta berulang pelajar akan dapat menguasai cara dan teknik menjawab dengan baik. Saya juga akan memberikan kuiz pada akhir pembelajaran untuk memastikan anak didik saya faham dengan topik yang diajar serta mengenal pasti kelemahan mereka supaya sesi pembelajaran boleh diperbaiki lagi.
Subject
Subject School Level
Matematik
Tadika Darjah 1 Darjah 2
Membaca B. Melayu
Tadika Darjah 1
Bahasa Melayu
Darjah 1 Darjah 2
Prasekolah - 3M
Darjah 2