Profile Picture

Nur Azila *******

(Online)

Sarjana(master) - Applied Statistics

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Graduated)

Putrajaya, WP Putrajaya

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya adalah bekas pensyarah Asasi di salah sebuah institusi pengajian tinggi awam dan berpengalaman mengajar subjek Matematik lebih daripada 20 tahun. Mengajar Matematik adalah passion saya. Pada saya Matematik bukan hanya pada penghafalan formula-formula penting, tetapi lebih kepada kenapa ianya penting dan bila ianya diperlukan. Matematik adalah satu kemahiran (skill). Oleh itu, belajar matematik perlukan pendekatan yang unik. Pemahaman konsep dan juga latih-tubi adalah antara yang penting. Saya lebih tertumpu kepada matematik tahap SPM dan ke atas, dimana topik-topik yang tertentu itu penting di tahap pembelajaran di peringkat universiti.
Teaching Method(s)
Topik-topik dalam Matematik amatlah banyak dan ianya berkait rapat. Sesi tutorial termasuk soalan-soalan latih-tubi yang disusun mengikut peringkat kemahiran dan topik. Sebagai seorang pendidik saya seorang yang tegas dan dalam masa yang sama sentiasa memahami situasi pelajar.
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 4, Tingkatan 5, STPM - Tingkatan 6
Matematik - Bahasa Inggeris STPM - Tingkatan 6
Matematik Dewasa
Statistik Universiti - Ijazah Sarjana Muda