About Me
Nama panggilan mesra saya ialah Sara. Saya telah tamat belajar di UiTM Puncak Alam, course saya ialah ijazah sarjana muda pendidikan sains(matematik) . Saya mempunyai pengalaman mengajar selama 3 bulan di SMK Banting semasa menjalani latihan praktikum, dan saya telah berjaya mendapat gred A untuk penilaian praktikum tersebut. Sepanjang pengalaman ini, saya bukan sahaja berpeluang menyampaikan isi pelajaran matematik kepada Pelajar Tingakatan 1 dan Tingkatan 2 , malah mengasah kemahiran dalam menguruskan kelas, membimbing pelajar pelbagai tahap pencapaian, serta menggunakan kaedah yang lebih kreatif dan mudah difahami.
Subjek utama yang saya ajar ialah Matematik, manakala subjek tambahan ialah Matematik Tambahan. Saya juga aktif menggunakan pendekatan koperatif dan integrasi teknologi digital dalam pengajaran bagi menjadikan suasana bilik darjah lebih interaktif dan menyeronokkan.
Selain daripada pengajaran di sekolah, saya turut terlibat sebagai fasilitator dalam beberapa program sekolah-sekolah. Dalam program tersebut, saya berpeluang membimbing pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 dalam mata pelajaran Matematik, khususnya dalam meningkatkan pemahaman asas serta keyakinan mereka untuk menyelesaikan soalan berbentuk aplikasi. Saya juga pernah menyertai program “FACILITATOR’S TRAINING MODULE FOR FUTURE EDUCATORS” ( FAMED ) anjuran UiTM untuk melatih diri sebagai fasilitator, yang memberikan saya pengalaman dalam kepimpinan, komunikasi, serta pengurusan aktiviti pelajar secara berkumpulan. Saya juga berpengalaman mengajar salah seorang pelajar dari SMK Banting untuk subjek matematik secara online (google meet).
Kemahiran khusus yang saya miliki termasuk:
- Teknik penyoalan berfokus (probing questions) untuk menggalakkan pelajar berfikir kritis.
- Reka bentuk aktiviti berasaskan pembelajaran koperatif yang dapat meningkatkan kerjasama pelajar.
- Penggunaan platform digital seperti GeoGebra, Google Classroom, dan Quizizz untuk memudahkan pemahaman konsep abstrak.
Antara kejayaan terbaik saya ialah:
- Membantu pelajar lemah dalam Matematik menunjukkan peningkatan markah yang ketara selepas sesi bimbingan.
- Berjaya mengendalikan aktiviti yang menjadikan pelajar yanb pasir menjadi lebih aktif dan berani bertanya.
- Mendapat maklum balas positif daripada guru pembimbing, pelajar, dan rakan fasilitator, yang menilai saya sebagai seorang yang mesra, sabar, dan berkesan dalam menyampaikan isi pelajaran.
- Pengiktirafan akademik melalui gred A dalam praktikum, yang mengesahkan keberkesanan pendekatan dan kaedah pengajaran saya.
Saya percaya bahawa setiap pelajar mempunyai potensi, dan kejayaan kecil yang mereka capai hasil daripada bimbingan saya adalah satu kepuasan terbesar sebagai seorang guru.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan pendekatan interaktif seperti Problem-Based Learning (PBL), aktiviti berasaskan contoh harian, dan latihan berperingkat mengikut tahap pelajar. Dalam sesi one-to-one online, saya sentiasa menyesuaikan teknik mengajar mengikut gaya belajar pelajar agar mereka lebih fokus, seronok, dan faham dengan jelas. Saya selalu menggunakan teknik penyoalan berfokus (probing questions) untuk menilai sama ada pelajar benar-benar faham atau tidak. Selain itu, saya menerangkan secara langkah demi langkah, memberi contoh mudah, dan memecahkan soalan kepada bahagian kecil supaya pelajar lebih yakin menguasai konsep. Saya membimbing pelajar dengan latihan berterusan menggunakan soalan bertahap, di samping melatih mereka mengenal pasti kata kunci penting dalam soalan. Saya juga membantu menyediakan ringkasan formula yang mudah diingat, serta memberi tip bagaimana menghubungkan konsep dengan bentuk soalan peperiksaan. Dengan cara ini, pelajar bukan sahaja menghafal, tetapi benar-benar faham dan dapat menjawab dengan lebih yakin semasa peperiksaan.