Profile Picture

Vexster Juali

Sarjana Muda - Physics

Universiti Malaya (Pantai Dalam) (Ongoing Study)

Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

Tutor Training

Training Matematik Sek Rendah

Training PKSK & UKKM

Training Introduction To Cambridge

Training Motivation In Education

Training Personality Test & Multiple Intelligence

Training Online Class Preparation

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Salam sejahtera. Saya merupakan seorang pendidik yang berdedikasi dalam Fizik dan Matematik, dengan pengalaman mengajar di pusat tuisyen. Sejak dibangku sekolah, saya sering memperoleh markah yang cemerlang dalam subjek Sains termasuklah Matematik & Fizik. Dengan pengalaman & kemampuan saya sebagai pelajar dan tutor di pusat tuisyen sebelumnya, saya yakin bakal membimbing pelajar bukan sahaja untuk cemerlang dalam peperiksaan malahan untuk memahami suatu konsep sains secara terperinci. Saya percaya bahawa kesukaran pelajar dalam subjek ini berpunca daripada asas yang lemah dan kaedah hafalan semata-mata. Oleh hal yang demikian, saya hadir disini untuk fokus membina asas dan konsep yang kuat melalui pemikiran yang kritis agar mereka dengan mudah 'skor' subjek Matematik & Fizik.
Teaching Method(s)
Antara kaedah pembelajaran yang saya bakal tekankan seperti berikut :
1. Pendekatan Berasaskan Konsep : Fokus utama saya adalah memastikan pelajar memahami konsep asas dengan mendalam sebelum melangkah ke topik yang lebih kompleks. Dengan itu pelajar akan dapat menjawab mana-mana aras kesukaran soalan apabila konsep ini sudah difahami.
2. Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (Student-centered) : Saya menyesuaikan kaedah pengajaran mengikut keperluan individu pelajar. Setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza, dan saya memastikan pendekatan saya relevan untuk membantu mereka menguasai subjek dengan cara yang paling efektif.
3. Aplikasi dalam Kehidupan Seharian: Saya sering mengaitkan konsep Fizik dan Matematik dengan aplikasi dunia sebenar. Ini membantu pelajar melihat kegunaan praktikal ilmu yang mereka pelajari, menjadikannya lebih menarik dan relevan.
4. Penggunaan Alat Bantu Visual dan Teknologi : Apabila saya mengajar di pusat tuisyen dahulu, saya sering menggunakan alat bantu seperti video stimulus, graf, simulasi dan kuiz interaktif (Kahoot dan Quizizz) semas sesi pengajaran dan pembelajaran.
Rating & Review

Noorsakiah Binti Nordin

Sains DLP

Good teaching by the tutor

Subject
Subject School Level
Matematik
Tingkatan 3 Tingkatan 2 Tingkatan 1 Darjah 4 Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 5 Darjah 6 IGCSE Tingkatan 1 Tingkatan 2
Bahasa Melayu
Tingkatan 1 Tingkatan 3 Tingkatan 2 Darjah 6 Darjah 5 Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Sains
Tingkatan 3 Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Sejarah
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Matematik Tambahan
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Mathematics DLP
STPM - Tingkatan 6
Sains DLP
Tingkatan 2 Tingkatan 1 Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Statistik
Universiti - Diploma
Fizik DLP
Tingkatan 4 Tingkatan 5 Cambridge - Tahun 10 Cambridge - Tahun 11 STPM - Tingkatan 6
Matematik Tambahan DLP
Cambridge - Tahun 10 Cambridge - Tahun 11
Fizik
Tingkatan 4 Tingkatan 5