Profile Picture

Nur Syafiqah *******

Diploma Pascasiswazah - Postgraduate Diploma In Teaching

Open University Malaysia (Graduated)

Kota Bharu, Kelantan

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Hai! Saya Nur Syafiqah, seorang guru yang sangat minat dalam bidang pendidikan dan suka tengok pelajar seronok belajar. Saya pernah mengajar subjek Sains untuk pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 3, dan sekarang saya sedang mengajar Matematik Tingkatan 3, 4 dan 5 di SMK Kubang Bemban sebagai guru ganti. Saya

Latar belakang pendidikan saya bermula di Sekolah Menengah Sains Setiu, dan Alhamdulillah, saya berjaya mendapat keputusan SPM yang cemerlang. Kemudian saya sambung pengajian di Kolej Matrikulasi Selangor dan seterusnya di Universiti Putra Malaysia dalam bidang Cell and Molecular Biology. Berdasarkan pendidikan saya, saya mahir dalam fizik,kimia,biologi dan matematik tambahan.

Bagi saya, setiap pelajar berbeza dan unik. Jadi, saya selalu cuba cari cara yang paling sesuai untuk bantu pelajar faham dengan lebih mudah dan yakin dengan diri sendiri. Saya suka suasana kelas yang positif, interaktif dan terbuka—supaya pelajar tak takut untuk tanya soalan atau buat silap.
Teaching Method(s)
Saya percaya Sains bukan hanya tentang menghafal fakta—tapi tentang faham bagaimana dunia ini berfungsi. Jadi, saya suka kaitkan topik Sains dengan benda yang berlaku dalam kehidupan seharian pelajar. Contohnya, kenapa sabun boleh buang minyak? Kenapa bila kita demam suhu badan naik? Bila pelajar nampak kaitan tu, mereka akan lebih berminat.

Saya juga guna:
• Aktiviti hands-on yang mudah dan selamat untuk dilakukan,
• Video atau animasi supaya konsep jadi lebih ‘hidup’,
• Soalan terbuka untuk galakkan pelajar berfikir dan berbincang.

Untuk Matematik:

Saya tahu ramai pelajar rasa ‘takut’ dengan Matematik. Jadi saya cuba ubah persepsi tu dengan cara pengajaran yang lebih santai dan terancang. Saya akan tunjuk langkah-langkah penyelesaian satu per satu.
Saya juga amalkan:
• Latihan berperingkat supaya pelajar boleh ikut dari asas ke tahap susah,
• Sesi ulangkaji dan kuiz santai,
• Kumpulan kecil untuk pelajar yang perlukan lebih bimbingan.
Subject
Subject School Level
Matematik
Tingkatan 4 Tingkatan 5 Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Sains
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 5 Darjah 4 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Biologi
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Kimia
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Fizik
Tingkatan 4 Tingkatan 5