About Me
Nama saya Aliyah. Saya berusia 22 tahun dengan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Melayu Sekolah Rendah , saya menuntut di Institut Pendidikan Guru. Saya mempunyai pengalaman mengajar selama dua tahun, di mana saya telah mengajar Bahasa Melayu serta subjek tambahan seperti Matematik, Sains, dan Pendidikan Moral. Kemahiran khusus saya termasuk mencipta bahan bantu mengajar yang interaktif, yang membantu meningkatkan keterlibatan dan pemahaman murid. Selain itu, saya juga memperoleh pointer 3.4 ke atas dalam setiap peperiksaan, menunjukkan dedikasi dan kecemerlangan akademik saya. Kemahiran lain yang saya miliki termasuk kemampuan untuk merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran yang berkesan serta menggunakan teknik pengajaran yang pelbagai untuk memenuhi keperluan individu murid.
Teaching Method(s)
Antara teknik pengajaran yang saya gunakan dalam sesi pengajaran saya ialah gamifikasi dimana ia mengintegrasikan elemen permainan, seperti kuiz, pertandingan, dan sistem mata, untuk menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan berinteraksi. Selain itu, saya juga mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam pendidikan dengan menggunakan alat dan aplikasi digital, seperti papan putih interaktif, aplikasi pembelajaran, dan video, untuk memperkayakan pengalaman pembelajaran.
Seterusnya, saya turut menggunakan kreativiti dan keseniaan dalam sesi PdP saya dimana ia mengintegrasikan elemen seni dan kreativiti dalam pengajaran, seperti melukis, atau muzik, untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik.