Profile Picture

Siti Nur *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Bachelor Of Dental Surgery

Universiti Teknologi MARA (Sungai Buloh) (Graduated)

Kuantan, Pahang

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan seorang doktor gigi yang mempunyai minat yang mendalam untuk mendidik dan memupuk minat pelajar supaya mencintai ilmu dan memahami konsep pembelajaran selain menghafal tanpa pemahaman yang betul dan terperinci. Saya berpendapat bahawa untuk melahirkan generasi yang berkualiti, berilmu dan berinovasi, pendidik haruslah bermula dengan didikan jiwa dan cara pemikiran mereka diikuti dengan pemahaman konsep pembelajaran yang betul. Saya mempunyai kemahiran komunikasi yang sangat efektif dalam memupuk ikatan hubungan dengan murid serta berkebolehan dalam memupuk kepercayaan murid. Impian saya adalah memastikan setiap murid saya berjaya mendapat keutusan yang paling cemerlang dan bersedia untuk menggapai segala peluang yang ada dalam menerajui kehidupan dewasa mereka
Teaching Method(s)
Saya menggunakan kaedah berhibur sambil belajar iaitu dengan mencipta suasana yang lebih seronok dalam menimba ilmu seperti bermain alat muzik sambil menyanyikan lirik lagu yang mempunyai akronim pembelajaran. Saya juga akan menggunakan teknik "Positive and negative reinforcement" iaitu pelajar-pelajar akan diberikan pujian dan ganjaran atas setiap usaha dan keputusan cemerlang yang mereka perolehi dan juga memberi hukuman yang bersesuaian kepada pelajar yang perlukan usaha yang lebih baik. Selain itu, saya juga akan menggunakan ilmu kedoktoran saya yang mendalam bagi menerangkan konsep pembelajaran yang berkaitan seperti Sains dan Biologi dalam bentuk yang paling mudah difahami dan diingati selain menerangkan sedikit sejarah bagi setiap ilmu atau konsep. Dengan ini, pelajar akan lebih menghargai sesuatu konsep atau ilmu dan berupaya memupuk cinta akan ilmu dalam diri pelajar-pelajar
Subject
Subject School Level
Biology DLP Tingkatan 4
Science DLP Tingkatan 2
Bahasa Melayu Tingkatan 1