Profile Picture

Nurul Husnanie

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Peternakan) Dengan Kepujian

Universiti Malaysia Kelantan (Jeli) (Graduated)

Kuantan, Pahang

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Assalamualaikum dan salam sejahtera, nama saya ialah Nurul Husnanie atau boleh panggil cikgu Husna. Saya mempunyai pengalaman selama 1 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek sains tulen merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala matematik dan bahasa inggeris merupakan subjek minor. Saya berkebolehan dalam menyampaikan maklumat senang difahami dan membina nota yang ringkas dan padat untuk dijadikan rujukan pelajar apabila menghadapi peperiksaan di saat akhir dan mendapat keputusan yang cemerlang. Saya juga tenaga pengajar kelas tuisyen persendirian di pusat tuisyen di Kuantan Pahang dan berjaya meningkatkan peratus markah peperiksaan pelajar dari gagal ke lulus seterusnya cemerlang. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi pelajar untuk lebih berdedikasi dan bersemangat dalam mengejar cita-cita. Ingin anak anda cemerlang dengan mendapatkan keputusan A? Sila hubungi saya sekarang!
Teaching Method(s)
Teknik-teknik yang digunakan dalam pengajaran saya bergantung kepada tahap pelajar tersebut. Saya lebih memberi penjelasan dalam ayat yang mudah difahami dan konsep yang ringkas dan padat. Saya juga suka mengajar pelajar untuk membuat nota ringkas daripda buku yang tebal dalam bentuk peta minda. Saya akan mengesorkan pelajar untuk mengingatkan fakta dalam bentuk akronomi. Saya melatih pelajar untuk suka menulis untuk lebih mengingati apa yang dipelajari. Kefahaman dan mengingati apa dipelajari seterusnya cemerlang dalam peperiksaan merupakan suatu misi dan visi saya.
Subject
Subject School Level
Sains Tingkatan 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 4, Tingkatan 3, Darjah 1, Darjah 3, Darjah 2, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tadika
Matematik Darjah 1, Darjah 3, Darjah 2, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6