Profile Picture

Mohd Nashahrul *******

Degree (Non Education Faculty) - Kajian Hubungan Industri Dan Perburuhan

Universiti Malaysia Sarawak (Graduated)

Sandakan, Sabah

Tutor Training

Training Matematik Sek Menengah Atas

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama saya Nashahrul dan saya mempunyai pengalaman mengajar selama 2 tahun di Pusat Tuisyen Gempur Minda, Sandakan. Sepanjang tempoh tersebut, saya telah membantu pelajar meningkatkan kefahaman dan prestasi mereka dalam Matematik melalui pendekatan pengajaran yang sistematik dan mudah difahami. Saya sentiasa berusaha untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang positif serta menggalakkan pelajar membina keyakinan dalam menyelesaikan masalah matematik. Antara pencapaian terbaik saya ialah diberi kepercayaan untuk berkhidmat sebagai Guru Ganti Matematik di MRSM Tun Fuad Stephens, Sandakan. Pengalaman ini telah memberikan saya pendedahan yang lebih luas dalam bidang pendidikan serta mengukuhkan kemahiran saya dalam membimbing pelajar daripada pelbagai latar belakang dan tahap pencapaian akademik. Saya komited untuk membantu setiap pelajar mencapai potensi terbaik mereka melalui bimbingan yang berkesan dan berfokus.
Teaching Method(s)
Antaranya ialah teknik mengenal pasti kehendak soalan dan menilai peruntukan markah bagi setiap bahagian supaya pelajar dapat menyusun langkah penyelesaian yang sesuai serta tidak kehilangan markah yang mudah diperoleh. Saya juga melatih pelajar menggunakan teknik menjawab yang sistematik dan menepati skema pemarkahan peperiksaan. Selain itu, saya akan membiasakan pelajar dengan soalan-soalan rutin terlebih dahulu bagi mengukuhkan konsep dan asas Matematik. Setelah asas mereka kukuh, saya akan memperkenalkan soalan-soalan bukan rutin yang lebih mencabar untuk mengasah kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah dan menguji tahap penguasaan mereka terhadap sesuatu topik. Saya mempunyai pengalaman membimbing ramai pelajar yang pada awalnya memperoleh gred F dalam Matematik sehingga berjaya mencapai keputusan kredit, malah ada juga yang berjaya memperoleh A-. Untuk pelajar Tingkatan 5 yang sedang membuat persediaan SPM, saya akan memberi fokus kepada pengukuhan asas, latihan berstruktur, teknik menjawab soalan, serta ulang kaji yang konsisten. Bahan latihan dan latihan tambahan akan saya sediakan sendiri mengikut tahap dan keperluan pelajar. Dalam pengajaran, saya percaya setiap pelajar mempunyai tahap kefahaman dan kadar pembelajaran yang berbeza. Oleh itu, saya sentiasa menyesuaikan kaedah dan rentak pengajaran mengikut keperluan pelajar. Bagi pelajar yang lebih pendiam atau memerlukan pengulangan untuk memahami sesuatu konsep, saya akan menggunakan pendekatan yang lebih lembut, sabar dan berperingkat supaya mereka lebih selesa untuk belajar dan bertanya soalan.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 6 Darjah 5 Darjah 4 Tingkatan 2 Tingkatan 1 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Mathematics DLP
Darjah 6 Darjah 5 Darjah 4 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Darjah 3 Darjah 2 Darjah 1