Profile Picture

Norshafikah Binti *******

Degree (Non Education Faculty) - Dakwah Dan Pengurusan Islam

Universiti Sains Islam Malaysia (Ongoing Study)

Jerantut, Pahang

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama panggilan mesra boleh panggil teacher sha , saya berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Dakwah dan Pengurusan Islam dan pernah dianugerahkan Dekan semasa pengajian. Selain mempunyai latar akademik yang baik, saya juga berpengalaman mengajar tuisyen dalam subject mathematics. Selain itu, kelas mengaji al-Quran peringkat umur kanak-kanak. Pengalaman ini banyak membantu saya memahami cara pembelajaran pelajar yang berbeza-beza. Sebagai seorang pendidik saya haruslah menjadi seorang yang penyabar, mesra dengan anak-anak dan berusaha menjadikan sesi pembelajaran lebih seronok serta bermanfaat, bukan sahaja dari sudut akademik tetapi juga pembinaan akhlak dan keyakinan diri.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan pendekatan pengajaran yang menyeronokkan, mudah difahami dan sesuai dengan tahap anak-anak. Dalam kelas, saya gemar menggabungkan cerita teladan, lagu, aktiviti bermain sambil belajar serta latihan berperingkat supaya pelajar lebih cepat faham dan yakin. Saya juga memberi galakan melalui pujian dan ganjaran positif agar anak-anak lebih bersemangat. Dengan pendekatan ini, saya percaya setiap murid bukan sahaja dapat meningkatkan prestasi, malah lebih seronok dan bermotivasi untuk terus belajar.
Subject
Subject School Level
Pendidikan Islam
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Tingkatan 4 Tingkatan 5 KAFA - Darjah 1 KAFA - Darjah 2