Profile Picture

Nur Aqmar *******

(Physical & Online)

Diploma / Stpm - Diploma In Education (Tesl)

Management & Science University (Ongoing Study)

Shah Alam, Selangor

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Sebagai seorang tutor yang berdedikasi dan bersemangat tinggi, saya sentiasa komited untuk membantu anak didik saya mencapai keputusan yang cemerlang. Dengan pendekatan yang mesra tetapi tegas, saya akan memastikan setiap pelajar mencapai matlamat akademik mereka. Selain itu, saya juga memberi penekanan kepada pengurusan masa yang efektif dan akan membantu menyusun jadual pembelajaran yang sesuai untuk setiap pelajar.

Saya percaya bahawa suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan interaktif adalah kunci kejayaan. Oleh itu, saya bijak dalam membina hubungan yang baik dengan pelajar agar mereka berasa seronok setiap kali mengikuti sesi pengajaran saya.

Pilih saya sebagai tutor anda hari ini dan sama-sama kita capai kejayaan akademik yang gemilang!

Teaching Method(s)
Saya menggunakan pelbagai teknik pengajaran untuk memastikan pembelajaran Bahasa Inggeris menjadi lebih seronok dan berkesan. Setiap sesi saya dipenuhi dengan elemen didik hibur bagi mengekalkan minat dan motivasi pelajar sepanjang proses pembelajaran.

Saya juga menyediakan teknik penulisan karangan yang mudah serta tip tatabahasa pantas, membantu pelajar memahami konsep yang rumit dengan lebih mudah. Untuk memudahkan ingatan pelajar, saya menggunakan akronim dalam sesi pembelajaran.

Bagi kelas dalam talian, saya menyediakan nota yang berwarna-warni dan menarik bagi memastikan pelajar kekal fokus dan berminat. Dengan kaedah ini, saya yakin pelajar saya akan lebih yakin dan cepat menguasai kemahiran Bahasa Inggeris dengan cekap dan berkesan.
Subject
Subject School Level
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Membaca B. Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Membaca B. Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5