Profile Picture

Muhammad Hafiy *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Chemical Engineering

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Graduated)

Klang, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan tutor yang ingin menjadikan pendidikan dimana ilmu dan pelajar sebati dalam satu acuan. Saya merupakan seorang yang cenderung ke arah keadilan dan kemudian toleransi ketika berkomunikasi. Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan anak didik saya menguasai ilmu dan merealisasikan impian saya untuk melihat anak didik saya mencapai matlamat mereka. Saya percaya bahawa setiap anak muda ada keunikan masing-masing dan potensi untuk beradaptasi terhadap perbezaan persekitaran. Oleh itu, saya akan berusaha mengasah kelemahan pelajar dan bergerak seiring dengan kekuatan mereka agar para anak didik saya dapat menguasai pelbagai ilmu. Walaupun saya merupakan tutor yang masih hijau, saya berkeyakinan terhadap kebolehan mengajar saya ketika saya mengajar kawan saya pada masa sekolah menengah atas suatu masa dahulu dan mengajar adik saya ketika ini. Akhir kata, saya bersedia dipilih sebagai tutor anda dan berkhidmat!
Teaching Method(s)
Saya cenderung kepada penerangan melibatkan contoh realiti ketika melibatkan ilmu praktikal. Saya juga menggunakan penerangan media ketika melibatkan teori dan fakta. Sesetengah subjek akan saya sertakan dengan penceritaan sejarah agar pelajar mengetahui kepentingan subjek tersebut. Metodologi untuk mengelak kebosanan seperti perbualan antara tutor dan pelajar, penceritaan kronologi dan konsep, soal jawab, kuiz, dan uji minda akan saya gunakan secara berkala agar dapat membuat anak didik saya fokus dan merasai keseronokan belajar.
Subject
Subject School Level
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Jepun Tingkatan 2, Tingkatan 1, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5