Profile Picture

Nur Syahirah *******

Degree (Non Education Faculty) - Social Science (Honours)(Anthopology And Sociology)

Universiti Sains Malaysia (Georgetown) (Graduated)

Balakong, Selangor

Total Teaching : 462 hours

Tutor Training

Educational Psychology

Training Matematik Sek Rendah

Training Sains Sek Rendah

Motivation In Education

Personality & MI Fundamentals

Online Class Preparation

Verified Profile

Featured Tutor

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya Cikgu Sya. Saya ingin menjadi seorang tutor yang berdedikasi ketika mengajar. Subjek Bahasa Melayu dan 3M (membaca, menulis & mengira) merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala Sains dan Matematik merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam penyusunan modul mengikut silibus terkini menjadikan saya seorang tutor yang mampu melahirkan pelajar cemerlang. Saya juga berkemahiran dalam bidang jahitan dan mempunyai sijil kemahiran dari Kolej Komuniti dan Giatmara. Selain itu, saya mampu meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar kerana berpengalaman menjadi fasilitator dan ahli perwakilan pelajar ketika zaman pengajian. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Saya yakin mampu mengajar dengan berkesan berdasarkan kemahiran komunikasi yang saya miliki. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, saya akan menerapkan pelbagai teknik menarik yang disesuaikan mengikut tahap keupayaan pelajar. Antaranya termasuklah penggunaan teknik didik hibur, pembelajaran berpusatkan pelajar, serta kaedah pembelajaran kolaboratif bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna.

Saya juga akan mengintegrasikan pendekatan pembelajaran berasaskan projek (Project-Based Learning) dan pembelajaran kontekstual, yang membolehkan pelajar mengaitkan isi pelajaran dengan situasi dunia sebenar. Selain itu, penggunaan teknologi pendidikan seperti pembentangan interaktif, kuiz dalam talian dan video pembelajaran akan diaplikasikan untuk meningkatkan penglibatan pelajar.

Pelbagai pendekatan ini bertujuan untuk memastikan pelajar benar-benar memahami pelajaran yang diajar dan dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Kepuasan pelajar dalam mencapai kecemerlangan akademik dan pembangunan sahsiah merupakan visi utama saya sebagai seorang pendidik yang berdedikasi.
Intro Video
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2
Membaca B. Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Bahasa Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1
Sains
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Tadika Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1
3M (Bahasa Melayu)
Tadika
Rating & Review

Puan Rosfarahin Balqiss Bte Roslan

Sains

29 Nov 2025 08:58

Cikgu Sya banyak membantu dalam pembelajaran ros dan banyak yang ros dah mula tahu dan ingat untuk mata pelajaran sains. Ros sangat selesa belajar dengan cikgu sya dan cikgu sya pun membantu ros untuk topik2 yang lemah.. terima kasih cikgu sya….

Puan Rosfarahin Balqiss Bte Roslan

Sains

01 Nov 2025 21:54

Ros sangat selesa belajar bersama cikgu sya dan banyak yang dia pelajari. Terima kasih

Puan Aida Ali

Matematik

01 Jun 2025 15:03

Guru sangat bertimbangrasa & pandai tackle pelajar. Alhamdulillah.

Puan Liza Astrisia

Matematik

05 Apr 2025 18:11

Anak ada perubahan dalam belajar

Tuan Kamaruddin Damiri

Sains

25 Feb 2025 08:41

Well explained for my kid's understanding and comprehend.

Tuan Kamaruddin Damiri

Matematik

25 Feb 2025 08:39

Well explained for my kid's understanding and comprehend.

Puan Norliyana Binti Saberi

Bahasa Melayu

21 Dec 2024 15:16

Tutor sangat membantu Afi fokus dengan memberi penerangan sebelum & selepas membuat latihan.