Profile Picture

Cornelius Anak *******

Sarjana Muda - Bacelor Sastera(Bahasa dan Linguistik Melayu)

Universiti Putra Malaysia (Serdang) (Graduated)

Shah Alam, Selangor

Tutor Training

Training Motivation In Education

Training Online Class Preparation

Verified Profile

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Hai! Nama panggilan saya Cikgu Cornelius. Saya dah mengajar lebih 22 tahun dan memang minat mendidik murid dari pelbagai peringkat.Dianugerahkan Guru Cemerlang pada 2019. Saya suka guna pendekatan yang menyeronokkan dan dekat dengan murid supaya mereka lebih yakin dan berani mencuba.

Antara pencapaian yang saya banggakan ialah penceramah motivasi kepada murid sekolah rendah. Saya juga pernah jadi penyelaras Program Membaca Tahun 1, yang bantu murid kuasai kemahiran membaca sejak awal.

Bagi saya, guru bukan sekadar mengajar, tapi membimbing dan menginspirasi setiap hari. Saya juga berpengalaman mengajar pelajar Mild Austim dan ADHD.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan pelbagai teknik menarik dalam pembelajaran seperti pembelajaran berasaskan permainan (game-based learning), penggunaan teknologi interaktif seperti kuiz digital (Kahoot, Quizizz), serta aktiviti berkumpulan seperti pembentangan kreatif dan main peranan (role play). Saya juga gemar menerapkan pendekatan student-centered learning, di mana murid diberi peluang untuk meneroka, berfikir secara kritis, dan menyuarakan pendapat mereka.

Selain itu, saya kerap mengaitkan isi pelajaran dengan situasi kehidupan sebenar supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna dan relevan kepada murid. Saya percaya bahawa pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna dapat meningkatkan motivasi serta pencapaian murid.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Sains
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5
Sejarah
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Sains DLP
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5