Nama saya Iman Zulaiqha dan boleh panggil saya Iman. Saya seorang yang berdedikasi dan menggalas tanggungjawab yang diberikan sebaik mungkin. Saya mampu juga menggalas amanah sebagai seorang tenaga pengajar yang berkaliber. Saya akan memastikan yang saya memberikan ilmu yang berkualiti dalam kuantiti yang diperlukan serta mudah difahami oleh para pelajar. Saya merupakan seorang yang ekstrovert dan mudah untuk berkomunikasi dengan orang lain. Jadi, tidak ada masalah untuk saya mengajar dan dalam masa yang sama, saya akan menggunakan peluang ini untuk mengasah lagi komunikasi saya sebelum menjadi seorang pendidik pada masa akan datang.
Teaching Method(s)
Sejujurnya, saya tiada kaedah mengajar yang tetap. Saya akan mengajar mengikut keselesaan pelajar saya. Tetapi, saya ada pengalaman mengajar rakan rakan saya dan adik beradik saya sendiri. Selalunya, saya akan mengajar dengan maksimum selama 1 jam 30 minit dan berehat selama lebih kurang 15 minit. Saya juga banyak menggunakan nota dan bahan bantu mengajar seperti soalan dan kuiz.