Profile Picture

Siti Nur *******

Sarjana Muda - Bba Majoring In Business Analytics

Universiti Tun Abdul Razak (Graduated)

Kuantan, Pahang

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya Fariza, atau juga dikenali sebagai Teacher Iza, seorang tutor berpengalaman selama 2 tahun, secara part time dan full time (1 tahun), mengajar kedua-dua pelajar sekolah rendah dan menengah, termasuk pelajar sekolah antarabangsa. Subjek utama yang diajar adalah Perniagaan, Sejarah, dan Bahasa Melayu, dengan kebolehan tambahan dalam Matematik, Sains, dan Geografi. Saya juga dikenali oleh para pelajar saya dengan kemahiran mengendalikan kelas dan memotivasi pelajar, serta sering menggunakan penerangan yang mudah tetapi padat dengan maklumat. Kejayaan terbaik saya adalah membantu pelajar saya mencapai peningkatan yang ketara dalam keputusan akademik, dari gagal kepada lulus, dan dari lulus kepada cemerlang.
Teaching Method(s)
Dalam teknik pengajaran saya, pelbagai aktiviti menarik diterapkan untuk meningkatkan minat pelajar, seperti penggunaan Kahoot yang menjadikan pembelajaran lebih interaktif dan menyeronokkan. Saya juga mengaplikasikan peta minda dan akronim untuk memudahkan pemahaman konsep. Bagi memastikan pelajar benar-benar memahami ilmu yang diajar, aktiviti pembentangan ringkas oleh pelajar diadakan, memberikan mereka peluang untuk menunjukkan kefahaman terhadap silibus. Selain itu, ujian kecil diadakan setiap 2-3 bab yang dipelajari, serta ujian menyeluruh sebagai persediaan menghadapi peperiksaan, membantu pelajar mengukuhkan pengetahuan dan meningkatkan skor mereka.
Subject
Subject School Level
Matematik
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Bahasa Melayu
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Sains
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Sejarah
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Geografi
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Perniagaan
Tingkatan 4 Tingkatan 5